<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d9020463884548576964\x26blogName\x3dDuNiAdEgAWaN\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://duniadegawan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://duniadegawan.blogspot.com/\x26vt\x3d-6524041808643477932', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
me entries yousay others
Tuesday, January 26, 2010 ♥
Hijau

Sudah hampir sebulan tahun 2010 menjengah rasanya macam baru semalam aku tengok countdown. Tahun baru...blog berkonsep hijau dan berwajah baru...atas sentuhan kreatif Syah..
Alamak...kenapa hijau eh?...boringnyeee.....
Hahahaha....saja...lagipun tahun baru ni biarlah ada sikit pembaharuan...berubah kepada yg lebih baik..
Sebenarnya idea ini datang secara tiba-tiba. Hijau melambangkan kesegaran...itu yg kita mahukan pada alam ini.
Saving Gaia...selamatkan dunia !
Baru-baru ni semasa menonton program NatGeo aku tersentuh dengan kisah sekawan beruang khutub yg menghadapi kesukaran utk bertakad di 'tanahair' mereka sendiri....gara-gara perubahan iklim yg mendadak dan pencemaran alam yang meruncing.
Banyak anjing-anjing laut dan salmon yg dulunya menjadi diet utama si beruang ini kini semakin berkurangan....
Bongkah-bongkah ais semakin cair....
Merintih si beruang tak tahu kemana harus membawa diri.......
Maka beruntunglah kita di jadikan sebagai mahkluk yg sebaik-baiknya....
Sebagai Khalifah dibumi ini...menjadi tanggungjawab kita utk melindungi alam dan segala yg ada didalamnya.....

Yang pastinya kita tidak mahu menerima nasib yang sama seperti si beruang khutub.

@ 12:37 PM

» Back to top.

Thursday, December 31, 2009 ♥
Remang-Remang 2009

Tahun 2009 bakal berlabuh namun setiap detik yg berlalu disepanjang tahun ini pasti akan terakam dan terpahat teguh menjadi sebuah lipatan sejarah........
Aku bersyukur kerana disaat lembayung 2009 berlalu pergi......masih ada ruang utk aku terus bernafas dan menumpang dibumi ini sambil menceduk segala nikmat yg diberi oleh Maha Esa.
Alhamdullilah segala puji syukur kupanjatkan kerana telah selamat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yg diberikan semasa bertugas di dalam Misi Haji pada tahun ini........
Kepulangan aku pada 1 Dec 2009 mengiringi Menteri Prof Dr Yaacob Ibrahim di sambut oleh Mufti dan pegawai-pegawai Muis dan MFA.
Sesungguhnya Misi Haji pada kali ini adalah yg paling mencabar.!......kejadian hujan lebat di Makkah, Aziziyah, Mina dan Arafah sehari sebelum wukuf, banjir yg meragut ratusan jiwa di Jeddah (bukan jemaah haji), isu ketiadaan bilik hotel bagi sebilangan GSA yg turut menjejas operasi klinik Misi Haji.......dan kewaspadaan tahap tertinggi bagi penularan virus H1N1....
Namun aku yakin disetiap kesukaran dan jerih payah yg dilalui pasti ada ganjaran dari Allah swt.
Semoga ianya menjadi sebuah iktibar dan menambahkan lagi keinsafan di telaga iman........



Kesyahduan malam di Baitullah.........

Kenangan di Arafah

Bilik operasi Misi Haji di Shisha

Makan tengahari di Jeddah bersama Dr Yaacob, Konsulat Jeddah dan Naib Konsul Haji S'pura

Bersama Pak Menteri sewaktu wukuf di Arafah

Semasa mengiringi Pak Menteri lakukan umrah ditemani bersama Ust Salam dan Miswari (pegawai Shahidah Travels)

Makan malam lepas tutup klinik di Green Palace Hotel Medina


@ 3:11 PM

» Back to top.

Tuesday, October 27, 2009 ♥
Bermula satu perjalanan.......

Aku datang menyahut panggilanMu........Aku datang dengan memikul tanggungjawab dan amanah menjaga dan melindungi tetamu-tetamuMu.
Oleh itu berikanlah aku kesihatan...kekuatan tenaga fizikal dan mental agar dapat aku jalankan tugas-tugas dengan terbaik......

Alhamdullilah....akhirnya kerajaan Saudi bersetuju memberikan kuota ihsan kepada lebih
1500 jemaah S'pura......menjadikan keseluruhan bakal jemaah haji S'pura pada tahun ini kepada 2180 orang...sama angkanya seperti tahun lalu.
Lebihan 1520 orang gagal dalam permohonan mereka pada tahun ini....InsyaAllah..sekiranya sudah tersurat pada janji Allah....mungkin mereka berpeluang pada tahun hadapan pula.

Segala keperluan utk keberangkatan telah aku siapkan...terimakasih buat isteri tersayang yg banyak membantu....

InsyaAllah...aku akan berlepas dgn pesawat SQ 456 pada 12.45 tengahari esok beserta dengan kumpulan pertama jemaah dari Halijah Travels.
Memandangkan kumpulan jemaah ini mengerjakan haji Tamattu' dan akan ke Medina dulu....aku terpaksa bergegas utk melaksanakan umrahku ketika sampai di Mekah nanti sebelum berlepas ke Medina dengan menaiki kenderaan
embassy beserta ubatan-ubatan.

Sebagai permulaan, kami (beserta seorang doktor dan
nurse) akan menyediakan perkhidmatan mobile clinic. Terdapat juga lebih 150 jemaah dari Australia yg akan menggunakan khidmat kami disepanjang musim haji pada tahun ini........ Kumpulan kedua misi haji akan tiba di Mekah pada 7 Nov.

InsyaAllah...aku dijangka pulang ke S'pura pada 4 Dec nanti. Ku mohon agar doakan kesejahteraan kami semasa di sana.........Amin.

@ 12:14 PM

» Back to top.

Sunday, October 11, 2009 ♥
Menjunjung amanah


Setiap kali muncul musim haji.....setiap kali itulah pasti ada cabaran dan kejutan.....

Kalau tahun lalu....kita tersentak dengan kegagalan lebih 800 bakal jemaah yg gagal mendapatkan visa haji.....kali ini kita lebih terpukul dengan soal visa lagi....

Hingga kini....cuma 680 bakal jemaah haji S'pura berpeluang utk menunaikan rukun Islam yg kelima ini.....

Lebihan 3000 bakal jemaah masih termangu dan keluh kesah didalam penantian kerana status visa mereka masih menjadi tanda tanya............

Sejauh ini masih belum ada kepastian dari pihak Arab Saudi meskipun tarikh penerbangan pertama kumpulan jemaah selang dua minggu lagi....28 Oktober 2009...!

Anggota Misi haji Muis pada tahun ini pun tidak terlepas dari pelbagai cabaran dan dugaan...kedudukan kami banyak bergantung kepada jumlah jemaah yg bakal berangkat ke tanah suci. Namun begitu, segala persiapan logistik tetap diteruskan dengan lancar.......

InsyaAllah....jika sudah tertulis....aku akan berangkat lebih awal pada 26 Oktober 2009 bersama konsulat haji Muis dan seorang doktor......
Pemergian aku kali ini lebih awal...tanpa jemaah....dan yg paling lama iaitu lebih kurang 40 hari....mungkin pulang nanti pada 4 December 2009.

Allah humma Ya Allah.....ku panjatkan doa agar Kau berikanlah setiap anggota misi dengan kesihatan dan kekuatan tenaga...fizikal...dan...mental....supaya dapat kami laksanakan yg terbaik....tanggungjawab dan amanah yg diberikan kepada kami semasa di tanah suci......
Dan.....diakhir waktu nanti.....kau terimalah segala amalan kami dan anugerahkanlah kami dengan haji mabrur .....Amin......

@ 3:14 PM

» Back to top.

Wednesday, October 7, 2009 ♥
Bila akal dah tak berfungsi lagi......


Remuk hati ni apabila melihat Masjid Kg Siglap dijilat api petang semalam.........
Cukup sedih bila terpandang mashaf-mashaf Al-Quran, kitab-kitab serta sejadah terbakar hangus......
Namun demi tugas...terpaksa aku ketepikan segala emosi....
Ramai teman-teman Muis berada disana.....mencari kepastian...
Kalau ikutkan hati yg marah berbaur geram....memang dah aku 'gantung' budak ni kat menara masjid !....
Tapi....sebagai penegak hukum....undang-undang harus dihormati....
Sebenarnya banyak yag ingin aku berkongsi mengenai kejadian ini tapi keadaan tidak mengizinkan utk aku berbuat demikian....sekali gus undang-undang harus aku junjungi....
Inilah akibatnya kalau akal yg dianugerahkan oleh Allah swt sudah tidak mampu utk berfungsi lagi.....hilang pertimbangan.....hilang pegangan.....hilang maruah sebagai seorang insan.....

@ 6:43 PM

» Back to top.

Thursday, September 17, 2009 ♥
Sebutir bintang


Nama Syaikh Mishari Rashid memang cukup sinonim dengan Al-Quran.....
Kemerduan dan kelunakan suara beliau mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran cukup menyentuh perasaan dan sungguh mendamaikan......
Bagi mereka yg pernah mendengar bacaan beliau pasti setuju dengan kenyataan ini.....

Bagi yg ingin mencari ketenangan....cuba klik gambar Al-Quran (Quran Explorer) kat atas utk menghayati bacaan beliau......

Aku mula tertarik akan bacaan beliau masa kat Medina pada tahun 2002....cukup menyentuh perasaan.....
Dan lebih sedozen CD ayat-ayat suci bacaan beliau yg ku beli utk aku berikan sebagai cenderamata pada teman2 kat S'pore.......

Bagi aku....beliau adalah dikalangan segelintir Hafiz Al-Quran yg tersohor didunia.....selain Syaikh Abdul Rahman Al-Sudaisy dan Saad Al-Ghamdi......dan tak lupa juga teman baik aku, Ust Fahmi Hamdan (Imam masjid En-Naeem) yg mana bacaan ayat-ayat suci dari beliau cukup membahagiakan ketika bersama menyusur malam-malam Ramadhan....

Syukran.....sheikh....semoga antum sekeluarga sentiasa dinaungi dengan kerahmatan Allah swt....

Dan....disaat Ramadhan bakal meninggalkan kita......tiada waktu atau hari yg lebih baik dari 10 malam terakhir......lembutkanlah hati kita dengan membaca, mendengar sambil menghayati setiap bicara Allah swt didalam kitab suci Al-Quran.......

@ 5:29 PM

» Back to top.

Saturday, September 5, 2009 ♥
Hadiah harijadi

Semalam aku terima surat dari Muis.....dan kandungannya memberitahu...AKU TERPILIH UTK MENYERTAI MISI HAJI S'PURA PADA TAHUN INI !
Alhamdullilah....rasanya telah ku temu malam lailatul qadr......suatu anugerah...
Inilah 'hadiah' harijadi tahun ini yg paling bermakna dan berharga sekali........
InsyaAllah...aku dijangka akan berangkat pada tanggal 28 Oktober (first flight) dan pulang nanti seminggu selepas raya haji.....pada 2 December.

Rasanya antara cabaran-cabaran yg bakal dihadapi oleh setiap anggota misi pada tahun ini ialah tentang penularan wabak H1N1.......
Namun begitu langkah-langkah awal telah pun diambil termasuk menyediakan emergency mass evacuation planning.

InsyaAllah.....dengan izinNya....aku yakin setiap cabaran dapat diatasi....
Lepas raya nanti akan bermulalah persiapan seperti tahun-tahun yg sudah......
Akan ku khabarkan pada blog yg mendatang.......

Right now....focus tetap pada ibadah puasa...namun begitu...dalam hati kecil...tuhan saja yg tahu bahawa akan terubat rindu ini pada baitullah.......


@ 5:57 PM

» Back to top.