<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9020463884548576964?origin\x3dhttp://duniadegawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
me entries yousay others
Tuesday, October 28, 2008 ♥
Jom pancing........



Memancing adalah salah satu hobi yg saya suka lakukan......bila ada waktu terluang....
Biasanya saya hanya memancing di sekitaran perairan S'pura.....dan paling jauh hanya setakat ke Mersing (open sea)....dan kelong di Tg Piai.....
Teringin jugak sesekali nak pergi ke tempat2 yg dikenali sebagai 'syurga' bagi kaki2 pancing seperti Pemanggil, Aur, Redang......
Sebenarnya dah lama jugak joran saya terperap dalam stor....dan bila teman2 ajak pancing open sea naik bot Cik Mat, apa lagi inilah masanya utk habiskan cuti Deepavali (hari ini).......

Kita naik bot kat West Coast Park langsung terus ke beberapa spots.....dipersekitaran Pulau2 Pawai, Pulau Hantu Besar dan Pulau Bukom.....
Cuaca cukup baik sekali....tak terlalu panas dan agak redup...cuma masa kami nak balik hujan mulai turun......
Bot Cik Mat tidaklah berapa besar cukup utk 4-5 orang sahaja......tapi yg penting semua happy dapat ikan !...boleh tahan jugak hasil tangkapan kami.....lumayan....
Si Zul dan Rafeei dah mula plan for next trip.....amacam Cik Mat? bila nak pergi lagi?

@ 11:13 AM

» Back to top.

Sunday, October 26, 2008 ♥
Persiapan Misi Haji S'pura 2008 1429H












Ubat batuk....krim penghilang gatal2 dan lozenges adalah antara produk yg paling laris di setiap musim haji. Jadi tidak hairanlah pada tahun ini bekalan tersebut masih merupakan ubat-ubatan yg paling banyak dibawa ekoran 'permintaan' yg tinggi meskipun jumlah jemaah haji kali ini agak berkurangan ekoran tindakan kerajaan Saudi mengurangkan jumlah kuota pada saat2 akhir.....
Memandangkan sekarang ini Mekah dan keadaan disekelilingi Masjidil Haram sedang pesat membangun, adalah dijangkakan penyakit upper respiratory tract infection (URTI) seperti batuk, sakit tekak, sakit mata dan penyakit2 yg sewaktu dengannya akan menjadi semacam satu ancaman bagi jutaan jemaah haji pada tahun ini....ini diburukkan lagi dengan keadaan cuaca yg kering dan berhabuk......
Oleh itu jemaah S'pura telah diingatkan agar banyakkan minum air dan elakkan dari membeli atau memakan makanan yg terdedah......maklumlah disekitaran Masjidil Haram ramai penjaja yg menjual aiskrim...ayam golek....kebab.....emmmm...
Tahun ini Misi Haji S'pura akan beroperasi (klinik dan pusat gerakan) di Ufuk Al-Fateh Hotel (Mekah), Apartmen Noh (Aziziyah) dan Green Palace Hotel (Medina)......
Saya terpanggil utk mengungkap kata2 Presiden Muis Hj Alami Musa bahawa setiap misi bukanlah satu privilege tetapi adalah sebuah pengorbanan dan amanah yg dipikul didalam menjalankan tugas menjaga keselamatan dan keselesaan setiap tetamu Allah swt......
Kumpulan pertama misi ini akan berlepas ke Saudi pada 9 Nov 2008 jam 1 ptg dari Lapangan Terbang Changi......
Semoga setiap anggota misi ini dianugerahi dengan kekuatan, ketabahan dan kesihatan semasa menjalankan tugas di tanah suci dan dibalas setiap keringat yg dicurahkan dengan pahala haji yg mabrur....InsyaAllah......

@ 3:02 PM

» Back to top.

Sunday, October 19, 2008 ♥
Misi Haji S'pura 2008 1429H (Majlis Pentauliahan)






Semalam bertempat di Masjid Assyafaah (Admiralty Dr) telah berlangsung majlis pentauliahan bagi sekumpulan sukarelawan yg akan berkhidmat di tanah suci semasa musim haji tahun ini. Seperti tahun2 yg lalu, misi haji S'pura kali ini dianggotai oleh 4 doktor, 13 jururawat dan 5 penolong pegawai haji.....dengan disertai 3 kakitangan Muis (Ketua misi, naib konsul haji dan pegawai haji)
Majlis turut menyaksikan penyerahan bendera misi (lambang satu amanah dan tanggungjawab) oleh Presiden Muis, Hj Alami Musa kepada ketua misi, Hj Abd Razak Maricar (setiausaha Muis).
Tahun ini saya tidak menyertai misi ini tetapi sebaliknya akan 'bertugas' memantau pergerakan misi dan jemaah S'pura dari bilik gerakan Muis di Toa Payoh bersama beberapa sukarelawan yg lain.......
Hujung minggu ini mereka akan mula menyiapkan peralatan dan ubat-ubatan yg akan dibawa ke tanah suci nanti.....nantikan perkembangan selanjutnya.....

@ 10:55 AM

» Back to top.

Thursday, October 16, 2008 ♥
Puasa sebulan....raya pun sebulan......(2)



Hari Ahad (5 Oct).....giliran sebelah keluarga saya pula......
Adik-beradik....ipar-duai....anak2 saudara....semua dah berkumpul kat Punggol....pukul 11 pagi. Semuanya 5 kereta....macam semalam.

Kali ini saya bertekad tak mahu makan berlebihan......'ambil' apa yg patut aje.....

Misi bermula dari Punggol langsung menyusup ke Yishun (rumah kak Ros dgn rumah Ita)....
Mee goreng.....mee soto......lontong.....terpaksa buat tak pandang....ambil bau aje...tapi kesian pulak tenguk tuan rumah bersusah payah masak.....kalau tak makan takut tersinggung !....dgn rasa berat (badan) dan hati, terpaksalah ambil pinggan dengan sudu !

Dari Yishun terus ke Sembawang....kali ini duduk luar aje.....tak sampai hati tenguk hidangan atas meja....minta disuap...(terimakasih Mas / Halim).

Woodlands / Marsiling jadi tempat 'tawanan' seterusnya.....nasib baik Mak Busu dan kak Munah tak sediakan jamuan 'berat2'.....boleh bernafas sikit.....

Seterusnya ke Tampines (ada 3 rumah kita kunjungi)......taklah kelam kabut sangat sebab rumah sepupu, kakak dan anak saudara.....tahun ni 'last'lah kita beraya rumah Shima kat Tampines sebab hujung tahun ini dah berhijrah ke Punggol.......bertambahlah kaum kerabat yg tinggal berdekatan.

Misi kita berakhir jam 9 malam....tepat seperti yg dijadualkan....tak boleh lewat sebab besoknya kerja....lagi pun budak2 nak exam....PSLE.

Selamat Hari Raya.....

@ 8:37 PM

» Back to top.

Tuesday, October 14, 2008 ♥
Puasa sebulan....raya pun sebulan......(1)



Masih lagi cerita pasal jalan beraya.....
Pada 4 Oktober (sabtu)....kami ikut keluarga sebelah isteri 'berkonvoi' dengan 5 kereta.....

Mula2 berkumpul rumah bibik Ju kat Woodlands.....makan kacang 'phool' dan mee rebus rumah 'kek'....tak leh angggg !....sampai senak perut (macam mana nak maintain weight !)..

Sampai rumah Wandi kat Sembawang....'cuci mulut' aje dengan ice jelly.......

Belum sempat bakar lemak dah tambah kalori lagi dgn nasi briyani rumah mamang Rahim kat Boon Lay......phuhhhh...

Lepas tu kita terus serbu Yishun, Bedok, Eunos dan last 'stop pit' kat Punggol.....rumah kita....

Apa lagi kalau bukan makan !......orang rumah memang dah sediakan mee hoon goreng dengan roti boyan.......sampai pukul 1 pagi....

sememangnya hari raya tak boleh lari dengan makan....makan....makan !


@ 6:36 PM

» Back to top.

Monday, October 13, 2008 ♥
sekeluarga berlebaran.....





Tahun ini Hari Raya agak meriah kerana anak2 saudara dgn adik sama2 menyambut harijadi masing2 dalam bulan October ini......kiranya birthday party 3-in-1 lah !

Biasanya pada hari raya pertama kami sekeluarga 'berwukuf' dirumah emak/kakak kat Tampines......sampai ke petang apabila masing2 punya hala tuju sendiri (kerumah mentua dan sebagainya)

Saya pula akan 'berkampung' di West Coast (keluarga isteri) sampai ke malam......

Begitulah rutin kami pada tiap2 1 Syawal........



@ 3:21 PM

» Back to top.

Thursday, October 9, 2008 ♥
Syawal....sepanjang jalan kenangan (2)









Kali ini saya ingin mengajak anda menyusuri zaman 80'an sewaktu menyambut lebaran bersama teman2 yg sama2 tinggal di Sims Drive.......

Maklumlah tengah'naik' jadi beraya sakanlah ! waktu itu MRT belum jalan lagi...yg ada cuma 'track' dan 'pillar'....jadi kami naik bas aje.....dari timur ke barat terus ke utara.....

Kalau nak disebut nama mereka satu persatu memang tak larat cukuplah sekadar dipanggil budak2 Sims Drive saja.....

Masih jelas terbayang bagaimana kami semua berterawih di 'hall' tingkat 12 blk 54 dengan orang2 lama (kebanyakkannya sudah kembali kerahmatullah - semoga roh2 mereka dirahmati Allah swt)....

Juga betapa syahdunya malam raya bila bertakbir beramai2......kemudian sama-sama berbasikal menuju ke Geylang (waktu itu tak berapa meriah bazar raya....cuma hiasan lampu lap-lip saja).....lepas tu 'lepak' kat pasar Haig Rd.

Peristiwa yg saya tidak boleh lupa hingga sekarang ialah waktu kami balik sembahyang subuh
semasa Ramadhan kat masjid Hj Mohd Salleh Lor 11 Geylang.........'kelakar seram !'

Ada 3 ekor anjing kejar kami !.....lintang-pukang semua lari sampai jatuh masuk longkang ! nasib baik tak kena gigit.....sampai ada yg tak dapat teruskan puasa kerana kena 'badi' anjing hehehe..

Buat semua budak2 Sims Drive yg tak sempat saya berhubungan semasa raya ini....ingin saya memohon maaf zahir dan batin Minal Aidin Wal Faizin.....semoga persahabatan yg terjalin berkekalan hingga ke akhir hayat....InsyaAllah

@ 6:29 PM

» Back to top.

Tuesday, October 7, 2008 ♥
Syawal....sepanjang jalan kenangan (1)






Diam tak diam sudah seminggu kita menyambut syawal......tidak terlewat utk saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin buat semua bloggers..... Setiap kali menjelang lebaran pastinya jiwa kita terusik akan peristiwa-peristiwa silam yg pernah mewarnai kehidupan kita....baik yg pahit mahupun yg manis...
Sesungguhnya pengalaman banyak mendewasakan kita....


Episod kali ini ingin saya berkongsi foto-foto lama sewktu saya sekeluarga tinggal di Jalan Kelur (Geylang Serai). Kini nama Jalan Kelur sudah pupus....yg menjadi mercu tanda hanyalah jalan yg menuju ke pasar sementara Geylang Serai......Jalan Kelur bersimpangkan Barek Hitam !


Saya pasti orang-orang lama tentu masih ingat akan Barek Hitam yg menjadi salah satu ikon Geylang pada waktu itu....

@ 7:27 PM

» Back to top.