<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9020463884548576964?origin\x3dhttp://duniadegawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
me entries yousay others
Sunday, October 19, 2008 ♥
Misi Haji S'pura 2008 1429H (Majlis Pentauliahan)






Semalam bertempat di Masjid Assyafaah (Admiralty Dr) telah berlangsung majlis pentauliahan bagi sekumpulan sukarelawan yg akan berkhidmat di tanah suci semasa musim haji tahun ini. Seperti tahun2 yg lalu, misi haji S'pura kali ini dianggotai oleh 4 doktor, 13 jururawat dan 5 penolong pegawai haji.....dengan disertai 3 kakitangan Muis (Ketua misi, naib konsul haji dan pegawai haji)
Majlis turut menyaksikan penyerahan bendera misi (lambang satu amanah dan tanggungjawab) oleh Presiden Muis, Hj Alami Musa kepada ketua misi, Hj Abd Razak Maricar (setiausaha Muis).
Tahun ini saya tidak menyertai misi ini tetapi sebaliknya akan 'bertugas' memantau pergerakan misi dan jemaah S'pura dari bilik gerakan Muis di Toa Payoh bersama beberapa sukarelawan yg lain.......
Hujung minggu ini mereka akan mula menyiapkan peralatan dan ubat-ubatan yg akan dibawa ke tanah suci nanti.....nantikan perkembangan selanjutnya.....

@ 10:55 AM

» Back to top.