Saturday, November 29, 2008 ♥
Mumbai berdarah........



Imej Islam sekali tercalar di mata dunia ekoran tindakan sekumpulan pengganas yg menggelarkan diri mereka Deccan Mujahideen melancarkan serangan bersepadu kebeberapa buah tempat di bandar komersil Mumbai pada 26 November lalu yg mengorbankan lebih 195 jiwa.......
Serangan terancang ini mengingatkan kembali detik2 serangan 9/11 di Amerika Syarikat pada tahun 2001.......
'Anjing-anjing' ini sebenarnya tidak layak utk mengakui diri mereka penganut agama Islam......merekalah sebenarnya musuh Islam akhir zaman !!!!.......
@ 9:58 PM

Friday, November 28, 2008 ♥
2004....mengamit memori ditanah suci......




Segala puji bagi Allah swt.....nampaknya doa yang kupanjatkan agar pertemuan di baitullah dan himpunan diArafah pada tahun 2002 bukanlah yg terakhir....rupa-rupaya telah dimakbulkan........subhanaAllah.....Kali ini kedatangan aku ke mekah pada musim haji 2004 penuh dengan cabaran dan amanah sebagai salah seorang anggota misi haji Muis.....pegawai haji.....
Keutamaan kini harus jelas......bukan setakat sebagai jemaah sahaja malah menggunung amanah yg dipikul utk memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah haji S'pura tidak diabaikan.....
Hubungan baik harus dipupuk dan terjalin bukan sahaja dengan jemaah, GSA malah melangkaui ke Kementerian kesihatan Saudi, Muasasah dan maktab yg menguruskan penginapan jemaah haji S'pura di Mina dan Arafah.......
Di samping itu.....jalinan kerjasama dengan penyedia khidmat haji dirantau ini seperti Tabung Haji Malaysia, Brunei dan Indonesia sentiasa dijaga semasa di Mekah, Mina dan Arafah......
Ibadah hajiku kali ini mencakupi segala-galanya.......aku bersyukur kepadaMu ya Allah kerana telah mengizinkan aku utk menjaga tetamu-tetamu Mu........
Musim haji tahun 2004 turut merakamkan suatu peristiwa berdarah dimana lebih 250 orang jemaah (Alhamdullilah...tiada jemaah S'pura yg terlibat) telah terkorban ekoran rempuhan semasa lontaran jamrah aqabah di Mina.......
Selama 3 hari (kebetulan pada waktu hari2 tasyrik) kami berhempas-pulas melakukan pemeriksaan disetiap GSA utk memastikan tiada jemaah S'pura yg terjejas.......setiap operasi gerakan harus di lapurbalik ke pejabat Muis di S'pura dan kementerian ehwal luar pada setiap jam......sungguh mencabar...!
Misi haji S'pura pada tahun itu juga mempunyai tetamu istimewa.......Menteri yg bertanggungjawab bagi ehwal Melayu Islam, Prof Dr Yaacob Ibrahim dan Presiden Muis, Hj Alami Musa dan isteri turut bersama mengerjakan ibadah haji.....
@ 6:08 PM

Wednesday, November 26, 2008 ♥
Aku datang memenuhi panggilanMu ya Allah.......





Aku datang memenuhi panggilanMu ya Allah...aku datang memenuhi panggilanMu...aku datang memenuhi panggilanMu semata-mata....tidak ada sekutu bagiMu...aku datang memenuhi panggilanMu....Segenap pujian...nikmat dan kekuasaan adalah milikMu....Tidak ada sekutu bagiMu....
Terasa betapa kerdil diri ini apabila pertama kali menatap dan berdiri dihadapan rumahMu.....
Airmata deras mengalir tatkala menggelilingi baitullah......aku hanya mampu mengucup istilam sahaja lewat aswad yg dikeremuni jemaah.......terpendam hasrat utk mengucupmu aswad.....
Alhamdullilah.....segala puji bagi Allah swt......dapat berpaut dipintu MultazamMu.....maha suci Allah...dapat ku panjatkan doa......bersolat sunat dibelakang makam Ibrahim.......didalam hijir Ismail .......dan meneguk air di telaga zam-zam....
Tidak dapat aku bayangkan betapa perasaan berkecamuk dan berbaur pada detik itu......syahdu....gembira.....lega.....sedih.......mengenangkan betapa diri ini terlalu daif dan lemah dan seolah-olah tidak layak utk berada disitu.......
Ku atur langkah penuh semangat sambil mengimbau peristiwa Siti Hajar berlari-lari.....antara Safa' dengan Marwa' utk mencari air buat si kecil Ismail as yg menangis kehausan.....
Apakah semangat aku sekuat atau seteguh Siti Hajar?......bisik hati kecil ini.....sambil mengesat airmata yg masih terus mencurah-curah.......
Hati berdebar sambil menghitung hari menjelang wukuf di Arafah.........Ya Allah berikanlah aku kesihatan....tenaga....fizikal dan mental agar dapat aku bersama-sama hambaMu yg lain berhimpun di padang Arafah......
Lautan manusia...putih seragam......! inilah gambaran yg pasti akan berlaku pada setiap umat manusia dihari kebangkitan nanti...!
Kini sudah 6 tahun berlalu.....namun segala kenangan dan peristiwa mengerjakan haji bersama isteri buat pertama kali masih terus teguh terpahat di sanubari ini......banyak pelajaran yg diperolehi.....utk mendekatkan diri pada yg mencipta.....bertahmid dan berdzikir......
Allahhuma....janganlah Kau jadikan kedatangan kami kesini adalah yg terakhir.....tanamkanlah dan semaikanlah rasa kecintaan mendalam kami pada baitullah dan Rasullulah saw......
Akan ku terus dambakan saat itu.......bermula satu perjalanan.......
@ 6:51 PM

Tuesday, November 18, 2008 ♥
Ole...Ole...ole.....dream come true !!!!





Tanggal 14 May 2009......sememangnya tak sabar nak tunggu tarikh keramat itu....kerana detik itu akan mencipta satu sejarah dalam hidup kami........
Buat pertama kali dalam sejarah kaki ini akan berpijak ke bumi Manchester.....sebuah bandar yg mana pada setiap hujung minggu pasti menjadi tumpuan kami.....Old Trafford....theater of the dream.....ole...ole...ole......menonton perlawanan bolasepak EPL.
Kami adalah peminat setia Manchester Utd......
Sebenarnya memang agak lama kita dah merancang ke sana utk menonton perlawanan yg melibatkan Man Utd di Old Trafford. Jadi apabila melihat jadual perlawanan musim 2008/09 ini yg mana Arsenal akan bertandang ke Old Trafford pada 16 May 2009, kami pun bertekad utk 'terbang' pergi menonton big showdown ini....!
Tiket pesawat ke London telah pun ditempah tengahari tadi (Qantas Airlines).
Match ticket akan dibelikan oleh keluarga adik ipar yg menetap di London........phewwww !
Anak saudara pula berjanji utk tolong buat online booking for hotels and transport.
Dari Manchester nanti kita bercadang nak habiskan cuti seminggu itu ke London dan Paris.......
Sambil menyelam minum air....lepas menonton bolasepak dapat pergi shopping kat Harrods... naik London Eye....lawat Buckingham Palace....Big Ben dan yg menarik sekali dapat menghirup udara malam dikaki Eiffel Tower...wow ! sungguh romantis.....!
Tunggukan nanti tarikhnya dan akan kami khabarkan dalam blog ini.....
@ 8:56 PM

Monday, November 10, 2008 ♥
Lelaki ini.........
Macam pernah nampak lelaki ini.....eh Anuar Zainlah ! terpancul keluar dari mulut teman saya........
Memang benar lelaki ini.....Anuar Zain selebriti dari negara jiran yg melintas depan kami dengan tersipu-sipu........
Apalagi.....kami pun sergah !.....Anuar yg agak terperanjat terpaksa akur utk berhenti seketika utk berbual dan bergambar.....!
Kami difahamkan bahawa beliau telah mengadakan konsert solonya di Esplanade pada hari sabtu lalu......
Walaupun kami bukanlah didalam golongan diehard fan nya, tapi kami rasa gembira kerana beliau walaupun dalam keadaan tergesa-gesa masih mampu utk 'melayan' kami......
Syabas Anuar semoga terus maju dalam karier......
@ 9:48 PM

Sunday, November 9, 2008 ♥
Berita Haji 2008 1429H
Kumpulan pertama bakal jemaah haji S'pura telah berangkat ke tanah suci tengahari tadi dengan menaiki pesawat Singapore Airlines SQ456.
Seramai 29 bakal jemaah haji dari Halijah Travels and Tours beserta 2 orang pegawai perubatan dari Misi haji S'pura telah berlepas melalui Terminal 2 Lapangan Terbang Changi.......
Pesawat dengan berjadual ini akan melalui Abu Dhabi sebelum tiba di Jeddah kira-kira pada pukul 9 malam waktu S'pura (5 ptg waktu Arab Saudi).
Tahun ini seramai 2180 bakal jemaah S'pura akan menunaikan ibadah haji.
Penerbangan haji seterusnya ialah pada 12 Nov pukul 1 tengahari.
@ 8:56 PM

Saturday, November 8, 2008 ♥
Permata buat isteri........
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi.......
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri.....
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita....
Untuk kau beri erti dengan kelembutan......
Untuk kau hargai dengan kasih sayang......
Ku ingin kau jadi wanita mulia....
Contohi Khadijah dan Aisyah......
Yang tahu harga budi dan hati......
Seorang lelaki bernama suami.......kerana engkau isteri.....
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini......
Tak seindah yang kita impikan.....
Yang kita janjikan......kerana kau isteriku......
SELAMAT HARI JADI SAYANG.......semoga mahligai dan keluarga yang kita bina ini sentiasa dirahmati Allah swt.......
@ 4:11 PM

Tuesday, November 4, 2008 ♥
Islam kamu mungkin hanya pada janggut dan serban saja......
Peduli apa sama mereka......biar mereka hanyut dalam kemaksiatan...
lemas dalam pelukan syaitan......karam dalam minuman haram....
sesungguhnya mereka ini bukan saudara kita......berlainan agama lagi...
Perlukah kita 'menelanjangkan' mereka?....apakah mereka perihatin akan kita? atau agama kita?.....tidak......lantas persetankan mereka !!!!!
Tidak perlu kenalkan Islam pada mereka........
Sesungguhnya dipinggiran sana masih ramai anak-anak seagama kita yg butuhkan bantuan dan perhatian kita........mereka inilah yg sepatutnya kita tolong.....bimbing ke jalan Allah.....berjihad membasmi kemiskinan.....berjihad cintakan ilmu.......berjihad melawan nafsu......berjihad kearah perdamaian.....INILAH ISLAM......INILAH ISLAM YG DIBAWA RASULLULAH saw.......
Wahai anak muda bernama Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudra..........siapalah aku utk berbicara tentang kamu.....
Tapi sebagai saudara seagama.....ku kira kamu bertiga telah 'terkeliru' dengan identiti Islam kamu....didalam meniti mencari agama Allah......kamu tersilap didalam perkiraan......
membunuh mereka bukan jaminan syurga buatmu......TAPI PENGHUNI SYURGA ADALAH MEREKA YG MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH swt DAN SYAFAAT DARI RASULLULAH saw.......
Wahai anak muda.....disaat kamu meniti sisa-sisa hidup yg terakhir.......perbetulkanlah 'kiblat' aqidah dan fahaman mu.......bertaubatlah......kembalilkanlah fitrah hidupmu ke jalan agama Islam yg sebenar-benarnya......
Aku terkesima utk menyingkap sejarah kehidupan Rasullulah saw dengan seorang jiran wanita tua beragama Yahudi.......
Wanita tua ini amat membenci akan baginda dan setiap kali baginda melintasi depan rumahnya, akan dilontarkan batu dan ditaburi najis kearah baginda.........
Namun begitu....amat murni dan mulia sekali hati Rasullulah saw.......tidak sesekali baginda membalasnya dengan kekerasan....sebaliknya dengan lemparan senyuman saja.....
Baginda amat menghormati dan perihatin akan nasib wanita tua ini apabila pada satu hari baginda mengunjungi wanita tua ini yg sedang dalam kesakitan........
Sifat keihsanan yg ditunjukkan oleh baginda inilah yg telah 'membuka mata hati' wanita tua itu lantas memeluk agama Islam.....Subhanallah.......
Nah.....sifat-sifat inilah yg seharusnya kita contohi dari Rasullulah saw......perlengkapkanlah diri kita dengan 5 I......Islam....Iman....Ihsan.....Ilmu......Ikhwan......
Wahai anak muda......Islam itu indah...suci lagi dambakan kedamaian....Islam itu agama yg mengajak setiap manusia kearah penyatuan......Islam itu terlalu luas.......merangkumi setiap aspek kehidupan......oleh itu janganlah 'sempitkan' definisi Islam itu sendiri......
Carilah ilmu Allah swt.....yg tiada penghujungnya......selagi Al-Quran dan Hadith tidak kita pinggirkan.....
Bukan niat ku utk mengaibkan kamu tetapi sekadar utk menyuarakan kekhuatiran aku bahawa Islam kamu mungkin hanya pada janggut dan serban saja.......!
@ 9:53 PM
