<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9020463884548576964?origin\x3dhttp://duniadegawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
me entries yousay others
Friday, November 28, 2008 ♥
2004....mengamit memori ditanah suci......






















Segala puji bagi Allah
swt.....nampaknya doa yang kupanjatkan agar pertemuan di baitullah dan himpunan diArafah pada tahun 2002 bukanlah yg terakhir....rupa-rupaya telah dimakbulkan........subhanaAllah.....Kali ini kedatangan aku ke mekah pada musim haji 2004 penuh dengan cabaran dan amanah sebagai salah seorang anggota misi haji Muis.....pegawai haji.....
Keutamaan kini harus jelas......bukan setakat sebagai jemaah sahaja malah menggunung amanah yg dipikul utk memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah haji S'pura tidak diabaikan.....
Hubungan baik harus dipupuk dan terjalin bukan sahaja dengan jemaah, GSA malah melangkaui ke Kementerian kesihatan Saudi, Muasasah dan maktab yg menguruskan penginapan jemaah haji S'pura di Mina dan Arafah.......

Di samping itu.....jalinan kerjasama dengan penyedia khidmat haji dirantau ini seperti Tabung Haji Malaysia, Brunei dan Indonesia sentiasa dijaga semasa di Mekah, Mina dan Arafah......
Ibadah hajiku kali ini mencakupi segala-galanya.......aku bersyukur kepadaMu ya Allah kerana telah mengizinkan aku utk menjaga tetamu-tetamu Mu........
Musim haji tahun 2004 turut merakamkan suatu peristiwa berdarah dimana lebih 250 orang jemaah (Alhamdullilah...tiada jemaah S'pura yg terlibat) telah terkorban ekoran rempuhan semasa lontaran jamrah aqabah di Mina.......
Selama 3 hari (kebetulan pada waktu hari2 tasyrik) kami berhempas-pulas melakukan pemeriksaan disetiap GSA utk memastikan tiada jemaah S'pura yg terjejas.......setiap operasi gerakan harus di lapurbalik ke pejabat Muis di S'pura dan kementerian ehwal luar pada setiap jam......sungguh mencabar...!
Misi haji S'pura pada tahun itu juga mempunyai tetamu istimewa.......Menteri yg bertanggungjawab bagi ehwal Melayu Islam, Prof Dr Yaacob Ibrahim dan Presiden Muis, Hj Alami Musa dan isteri turut bersama mengerjakan ibadah haji.....


@ 6:08 PM

» Back to top.