Monday, December 29, 2008 ♥
Hijrah ku.......

apakah masih di takuk lama........
masihkah ku terus kutip apa yg tercicir........
masihkah terus ku siram apa yg disemai........
bulan hanya mampu tersenyum.....bayu bicara berubah arah.....namun dunia masih tega menuntut fitrah.......
apakah aku masih terus buta......
Hijrah ku dimana.....
sudah melangkau usia 1430 tahun.....
tika bangsa meredah gersang bumi Mekah ke Medina......
membawa obor Islam....utk semesta alam.....
namun umat masih tercegat kaku.......
hijrah tidak berbuah makna.....
leka dan terus alpa.....
Hijrah ku dimana......
umati...umati.....umati.....tuli kah aku dengan rayuan itu.......
suara Al-Amin bergema mengenang nasib umatnya......
namun apakah ia masih tidak mampu utk memecah gegendang telinga.....
Hijrah ku dimana......
di tiap sujud berbicara.......
di hujung tasbih mewarna.....
Moga hijrah ku.....menganjak paradigma......
ke arah Islam ku yg bermakna......
@ 9:58 PM

Sunday, December 28, 2008 ♥
Di sekitar majlis pertunangan Nadhirah......
Selamat bertunang Nadhirah.....semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin...
doa dari nenek sekeluarga di Tampines.........
Semoga Allah swt panjangkan umur nenek supaya dapat tenguk cucu bersanding tahun depan
Naqiah bila lagi?.......agak2 dgn siapa eh....?
@ 8:17 PM

Saturday, December 27, 2008 ♥
Bicara Sufi : Abu Ali Al-Huseyn (Ibnu Sina)
Ibnu Sina yg lebih dikenali di Barat dgn nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali Al-Huseyn bin Abdullah......
Dilahirkan pada tahun 375H di Bukhara Afghanistan dan berbangsa Parsi........
Mula belajar dan menghafal Al-Quran pada usia 5 tahun dan ketika usianya menjangkau 18 tahun, beliau telah dianugerahkan 'Doktor Di Raja'.......
Ibnu Sina mahir menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yg ada pada waktu itu seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya.......
Disamping itu antara bidang lain yg beliau kuasai ialah bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi........
Pada usia 21 tahun, beliau mulai menulis karyanya yg pertama berjudul Al-Majmu......dan termasuklah buku karangan yg amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit-Tibb......
Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang tokoh falsafah dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah amatlah luas......ini terbukti apabila Al-Qanun Fit-Tibb telah dianggap sebagai gedung himpunan perbendaharaan ilmu perubatan moden antaranya dari segi penggunaan ubat-ubatan, diagnosis dan pembedahan.....
Hasil karya beliau telah dimartabatkan oleh Barat dan menjadi bahan rujukan utama di universiti-universiti terkemuka Eropah hingga tahun 1500M.....
Disamping itu hasil-hasil penemuan dan karya beliau telah di salin cetak dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Hebrew (Yahudi), Inggeris, Perancis, Latin, Sepanyol dan sebagainya.....
Penulis-penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai 'Bapa Kedoktoran' kerana kepakaran beliau menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dgn pengalaman beliau serta diadun dgn konsep perubatan dari India dan Parsi.......
Ibnu Sina juga seorang saintis yg banyak melakukan penemuan-penemuan baru di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.......
Ibnu Sina adalah doktor perubatan yg pertama mencatatkan bahawa penyakit radang paru-paru (tuberculosis) adalah suatu penyakit yg mudah berjangkit (contagious) dan beliau berjaya membuktikan dgn tepat tanda2 penyakit kencing manis dan komplikasinya......
Beliau juga adalah pakar dalam bidang psikologi.......
Beliau telah menghasilkan lebih 250 buah karya-karya perubatan yg masih kekal relevan hingga ke hari ini.....
Sepanjang hayatnya, beliau telah dianugerahkan dgn pelbagai gelaran antaranya Medicorum Principal atau 'Raja Diraja Doktor', 'Raja Ubat', Zenith dan sebagainya.......
Ibnu Sina meninggal dunia pada usia 58 tahun di Iran di dalam bulan Ramadhan 428H/1037M....
Semoga akan ada pengganti tokoh-tokoh Islam dikalangan generasi umat Islam mendatang.....
@ 1:40 PM

Thursday, December 25, 2008 ♥
Bicara Sufi : Muhamad (Ibnu Khaldun)
Kita akan terus membicarakan mengenai seorang lagi tokoh pendidikan Islam yg tersohor di kalangan umat Islam.....
Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunisia pada bulan Ramadhan 732H/1332M. Beliau adalah keturunan Arab dari Yaman........
Nama Ibnu Khaldun diambil sempena nama datuknya iaitu Khalid bin Usman yg dikenali dgn nama Khaldun dan keluarga mereka juga telah digelar dgn gelaran Bani Khaldun.......
Keluarganya adalah cendekiawan dan terhormat yg berjaya menghasilkan beberapa jabatan ilmiah dalam pemerintahannya.....ayah beliau adalah seorang ahli politik......
Ibnu Khaldun memulakan pendidikannya dgn membaca dan menghafal Al-Quran. Ayahnya adalah guru pertamanya......beliau belajar membaca...menulis...dan berbahasa Arab.....
Ibnu Khaldun telah melalui proses kematangan dalam persekitaran Tunisia yg pada ketika itu merupakan pusat kebangkitan ilmu dan kebudayaan.....
Kesuburan pemikiran dan kegemilangan pengajaran di Tunisia bertambah hebat dgn kemasukan para ulama dan pemikir yg melarikan diri dari penindasan Eropah di Sepanyol......
Ibnu Khaldun berhijrah ke Magribi utk melanjutkan pelajaran pada usia 18 tahun selepas kematian orangtuanya....namun begitu beliau telah ditenggelami dgn urusan politik dalam tempoh selama 20 tahun......
Beliau mempunyai akal yg tajam...sering berfikir....mendalami dan menghasilkan sesuatu yg baru.....
Mukaddimah adalah kitab karangan yg telah menjadikan dirinya terkenal di kalangan pemikir-pemikir agung......
Ibnu Khaldun kembali ke Tunisia dan menceburkan diri dalam bidang penulisan.......
Pada tahun 784H/1382M beliau telah berhijrah ke Mesir dan bertugas sebagai pengajar dan seterusnya berkecimpung dalam urusan kehakiman.......
Ibnu Khaldun meninggal dunia di Mesir pada 18 March 1406M ketika berusia 74 tahun.....
@ 1:34 PM

Tuesday, December 23, 2008 ♥
Bicara Sufi : Abu Hamid Muhammad (Imam Al-Ghazali)
Gersang Bumi Tanpa Hujan......
Gersang Minda Tanpa Ilmu.....Gersang Hati Tanpa Iman..... Gersang Jiwa Tanpa Amal.......
Masyarakat Islam hari ini sememangnya sedang kegersangan......... ketandusan tokoh2 pendidikan Islam yg mampu mengembalikan zaman kegemilangan.......
Islam hari ini perlukan ramai pemimpin mahupun pemikir yg berupaya meningkatkan martabat dan imej Rahmatan Lil Alamin.....
Islam sudah muak dengan pelbagai tohmahan.......agama yg dikaitkan dengan pengganasan...... Islam tidak mengaku pemimpin yg konon pejuang......walhal bertopengkan ideologi serakah....
Justeru, perlu dipacu generasi mendatang agar diantara mereka lahir tokoh2 pendidikan dan ilmuan agama......
Lantas....elok utk kita menyusur sejarah di zaman keagungan Islam.......
Imam Al-Ghazali atau nama penuhnya Abu Hamid Muhammad bin Ahmad al Ghazali al-Tusi al Shafie dilahirkan pada tahun 450H/1058M.....di Iran.....
Beliau merupakan tokoh pendidikan Islam yg tersohor di kalangan umat Islam. Hasil karya beliau sering dijadikan rujukan dan panduan dalam melaksanakan perkara yg berkaitan pendidikan Islam.
Beliau dilahirkan dan dibesarkan didalam keluarga miskin tetapi kaya dengan pegangan agama....
Sejak kecil lagi, beliau telah didedahkan degan suasana yg cintakan ilmu.....
Ayahnya adalah seorang yg sangat mementingkan ilmu pengetahuan.......
Berdasarkan suasana kehidupan keluarga dan pendidikan awal dari kalangan sufi maka keperibadian sufi telah tertanam dan terbentuk pada diri beliau sejak awal lagi.........
Beliau banyak menulis buku2 yg berbentuk berbagai ilmu pengetahuan.....dan antara yg terkenal ialah kitab Ihya Ulum al Din.....
Beliau telah mendapat gelaran Hujjatul Islam memandangkan kejayaan beliau di dalam pembelaan yg dibuatnya terhadap Islam dari serangan anasir2 yg membahayakan akidah umat Islam.......
Beliau ada menyentuh secara terperinci mengenai pendidikan anak2 yg berkaitan fizikal, mental dan akhlak.....
Pendidikan anak menurut Al-Ghazali seharusnya diperhatikan sejak lahir lagi.......
Untuk memelihara anak daripada sifat negatif memerlukan pendidikan dan pembentukan yg baik......
Anak seharusnya dibiasakan dengan cara hidup sederhana dari segi pemakanan, pemakaian dan persekitaran......
Anak2 harus diajar Al-quran.....hadis2 pilihan dan biografi tokoh2 Islam supaya tertanam dalam jiwa mereka rasa hormat dan sifat ingin mencontohi.....
Perhatikan akan pergaulan anak2 dan jangan mencela atau mengherdik sewaktu mereka melakukan kesilapan atau kesalahan.......
Apabila anak2 mula memasuki alam remaja perlu diajarkan pokok ilmu syariat dan jgn dibiar meninggalkan solat........
Bila anak meningkat dewasa.....perlu dipelajari ilmu2 syariat dan aqliah kerana pada peringkat ini perkembangan akal membolehkan mereka menerima ilmu tersebut........
"Setiap anak yg dilahirkan cenderung kepada fitrah (Islam), maka ibubapanyalah yg akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani"
Hadis ini menjelaskan bahawa anak2 itu tersedia menerima kebaikan atau keburukan serta sedia dibentuk dan menerima pendidikan.....oleh itu kedua ibubapa memainkan peranan yg amat penting didalam mendidik...membina dan menentukan pembentukan masa depan anak2 itu sendiri......
Imam Al-Ghazali meninggal dunia pada pagi Isnin 14 Jamadilakhir 505H/19 Disember 1111M di tempat kelahirannya ketika berusia 53 tahun........

@ 6:59 PM

Saturday, December 6, 2008 ♥
Berwukuf di Arafah......

Subhanaallah....walhamdullilah.....walaillahaillaullah....wallahhuakbar.....
Alhamdullilah...segala puji bagi Allah swt....kerna dengan limpah kurniaNya.....hari ini 6 Dec 2008 (9 Zulhijjah tarikh Arab Saudi)....akan berhimpun jutaan tetamu-tetamu Allah dibumi Arafah.......
Seawal pagi selepas subuh berbondong-bondong jemaah menuju ke Arafah utk berwukuf....diantara waktu selepas Dzohor hingga tergelincir matahari menjelang magrib.....
Sememangnya.....wukuf di Arafah adalah puncak bagi ibadah haji......sesuai dengan sabda Rasullulah saw....haji itu adalah wukuf di Arafah.....
Sebuah hadith Qudsi ada menceritakan bahawa Allah swt berkata kepada malaikat di Arafah bermaksud.....
"Wahai malaikat-malaikat-Ku...kamu lihat di padang Arafah ketika ini, hamba-hamba-Ku dari segenap ceruk rantau yg jauh datang dalam keadaan yg tak terurus.....membawa dosa yg banyak dan amalan yg buruk dari negeri mereka.....mereka ini sedang memohon keampunan dari-Ku.....maka hendaklah engkau ampunkan walaupun dosa mereka sebanyak padang pasir ini....dan perkenankanlah segala-doa-doa dan makbulkanlah permohonan mereka"......
Kami di bilik gerakan haji di Muis difahamkan bahawa semua jemaah haji S'pura berada didalam keadaan yg baik dan sedang bersiap utk memulakan perjalanan ke Arafah......
Doa kami semoga semua jemaah akan berada di Arafah dan dapat berwukuf dengan selamat dan sempurna dan dianugerahkan haji yg mabrur....InsyaAllah.....
@ 12:31 PM

Monday, December 1, 2008 ♥
2006....Haji Akbar......

Baitullah.......ku datang lagi.........
Aku bersyukur kerana kali ini keberangkatan bersama Misi Haji S'pura lewat penerbangan pertama....3 Dec 2006.....
Semasa didalam penerbangan telah ku tanamkan niat seandainya diizinkan Allah swt, ingin sekali aku mengucup hajar aswad.....!
Alhamdullilah !.....hajatku terkabul.....waktu itu jemaah yg datang dari setiap pelusuk dunia masih belum ramai di Mekah.....impianku sejak tahun 2002 akhirnya tercapai.......
Kumpulan kami menghabiskan masa lebih 2 minggu di Medina merawat jemaah yg tidak sihat di Klinik yg bertempat di Green Palace Hotel....cuaca di Medina sejuk serendah 13 darjah celcius pada waktu subuh.....
Kami juga turut menghulurkan kepakaran merawat sekumpulan jemaah haji dari Australia (perjanjian perubatan di antara Muis dgn MyWorld Travels Tours Australia) semasa diMedina dan Mekah......
Tahun itu Misi Haji S'pura beroperasi buat pertama kalinya di Hotel Ufuk Al-Fateh di Mekah.....selain di Aziziyah.......
Pada tahun-tahun sebelumnya.....klinik dan bilik operasi Misi Haji di Mekah adalah di Sofitel Mecca Hotel , Mekah Tower Hotel dan White Palace Hotel .........
Alhamdullilah pada tahun tersebut tiada sebarang kejadian yg tidak diingini berlaku.....segalanya berjalan dengan teratur dan lancar....berkat usaha gigih setiap anggota misi.......
Kalau kita disini biasa dgn nasi beriyani dam.....di Mekah ada hidangan serupa yg dipanggil Mandhi......
Uniknya.....Mandhi tidak dihidang dengan ketulan daging tetapi dihidang dengan kepala seekor kambing !!!!!
Musim haji pada tahun tersebut adalah cukup istimewa dan bermakna sekali kerana hari wukuf di Arafah jatuh pada hari Jumaat 31 Dec 2006........Akbar !....Subhanallah......
@ 7:47 PM