<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9020463884548576964?origin\x3dhttp://duniadegawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
me entries yousay others
Saturday, December 27, 2008 ♥
Bicara Sufi : Abu Ali Al-Huseyn (Ibnu Sina)

Ibnu Sina yg lebih dikenali di Barat dgn nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali Al-Huseyn bin Abdullah......
Dilahirkan pada tahun 375H di Bukhara Afghanistan dan berbangsa Parsi........
Mula belajar dan menghafal Al-Quran pada usia 5 tahun dan ketika usianya menjangkau 18 tahun, beliau telah dianugerahkan 'Doktor Di Raja'.......
Ibnu Sina mahir menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yg ada pada waktu itu seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya.......
Disamping itu antara bidang lain yg beliau kuasai ialah bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi........
Pada usia 21 tahun, beliau mulai menulis karyanya yg pertama berjudul Al-Majmu......dan termasuklah buku karangan yg amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit-Tibb......
Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang tokoh falsafah dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah amatlah luas......ini terbukti apabila Al-Qanun Fit-Tibb telah dianggap sebagai gedung himpunan perbendaharaan ilmu perubatan moden antaranya dari segi penggunaan ubat-ubatan, diagnosis dan pembedahan.....
Hasil karya beliau telah dimartabatkan oleh Barat dan menjadi bahan rujukan utama di universiti-universiti terkemuka Eropah hingga tahun 1500M.....
Disamping itu hasil-hasil penemuan dan karya beliau telah di salin cetak dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Hebrew (Yahudi), Inggeris, Perancis, Latin, Sepanyol dan sebagainya.....
Penulis-penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai 'Bapa Kedoktoran' kerana kepakaran beliau menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dgn pengalaman beliau serta diadun dgn konsep perubatan dari India dan Parsi.......
Ibnu Sina juga seorang saintis yg banyak melakukan penemuan-penemuan baru di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.......
Ibnu Sina adalah doktor perubatan yg pertama mencatatkan bahawa penyakit radang paru-paru (tuberculosis) adalah suatu penyakit yg mudah berjangkit (contagious) dan beliau berjaya membuktikan dgn tepat tanda2 penyakit kencing manis dan komplikasinya......
Beliau juga adalah pakar dalam bidang psikologi.......
Beliau telah menghasilkan lebih 250 buah karya-karya perubatan yg masih kekal relevan hingga ke hari ini.....
Sepanjang hayatnya, beliau telah dianugerahkan dgn pelbagai gelaran antaranya Medicorum Principal atau 'Raja Diraja Doktor', 'Raja Ubat', Zenith dan sebagainya.......
Ibnu Sina meninggal dunia pada usia 58 tahun di Iran di dalam bulan Ramadhan 428H/1037M....

Semoga akan ada pengganti tokoh-tokoh Islam dikalangan generasi umat Islam mendatang.....



@ 1:40 PM

» Back to top.