<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9020463884548576964?origin\x3dhttp://duniadegawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
me entries yousay others
Thursday, December 25, 2008 ♥
Bicara Sufi : Muhamad (Ibnu Khaldun)

Kita akan terus membicarakan mengenai seorang lagi tokoh pendidikan Islam yg tersohor di kalangan umat Islam.....

Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunisia pada bulan Ramadhan 732H/1332M. Beliau adalah keturunan Arab dari Yaman........
Nama Ibnu Khaldun diambil sempena nama datuknya iaitu Khalid bin Usman yg dikenali dgn nama Khaldun dan keluarga mereka juga telah digelar dgn gelaran Bani Khaldun.......
Keluarganya adalah cendekiawan dan terhormat yg berjaya menghasilkan beberapa jabatan ilmiah dalam pemerintahannya.....ayah beliau adalah seorang ahli politik......
Ibnu Khaldun memulakan pendidikannya dgn membaca dan menghafal Al-Quran. Ayahnya adalah guru pertamanya......beliau belajar membaca...menulis...dan berbahasa Arab.....
Ibnu Khaldun telah melalui proses kematangan dalam persekitaran Tunisia yg pada ketika itu merupakan pusat kebangkitan ilmu dan kebudayaan.....
Kesuburan pemikiran dan kegemilangan pengajaran di Tunisia bertambah hebat dgn kemasukan para ulama dan pemikir yg melarikan diri dari penindasan Eropah di Sepanyol......
Ibnu Khaldun berhijrah ke Magribi utk melanjutkan pelajaran pada usia 18 tahun selepas kematian orangtuanya....namun begitu beliau telah ditenggelami dgn urusan politik dalam tempoh selama 20 tahun......
Beliau mempunyai akal yg tajam...sering berfikir....mendalami dan menghasilkan sesuatu yg baru.....
Mukaddimah adalah kitab karangan yg telah menjadikan dirinya terkenal di kalangan pemikir-pemikir agung......
Ibnu Khaldun kembali ke Tunisia dan menceburkan diri dalam bidang penulisan.......
Pada tahun 784H/1382M beliau telah berhijrah ke Mesir dan bertugas sebagai pengajar dan seterusnya berkecimpung dalam urusan kehakiman.......

Ibnu Khaldun meninggal dunia di Mesir pada 18 March 1406M ketika berusia 74 tahun.....



@ 1:34 PM

» Back to top.