<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9020463884548576964?origin\x3dhttp://duniadegawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
me entries yousay others
Thursday, January 29, 2009 ♥
Orang jauh datang.......

Jumaat lepas (23 Jan) masa aku sedang attend haj post-mortem kat Muis tiba-tiba berdering handphone.....overseas call...
Mulanya aku agak Karno dari Yogyakarta call....
tapi rupanya abg Mail yg tinggal kat Nilai yg call......nak inform yg dia satu family nak datang over the weekend memandangkan cuti CNY agak panjang.....lagipun katanya dah lama tak visit mak....
Dia baru saja renew pasport (his family pasports were stolen masa rumahnya kena break-in last year).......
I'm glad coz dah lama juga kita tak jumpa.......boleh beborak.....
Pagi-pagi lagi hari sabtu mak datin dah mula masak lauk kari daging dan kirai roti (buat roti kirai).......
Abg Mail datang cuma dgn Kak Ani...Fathin dan 'cucu' dia sorang.....(anak jiran dibawaknya sekali).....Along dan Angah tak ikut.....
Dia sampai S'pore lebih kurang pukul 7 malam terus ke rumah mak kat Tampines........tidur semalam kat sana.....
Terpaksalah bawak ration pergi rumah mak.....makan2 sambil berborak sampai 12mlm........
Hari Minggu....aku bawak mereka pergi rumah Abg Kamal/Ros kat Yishun.....lunch kat sana.... lontong...and coincidentally roti kirai lagi.....Nursiah yg masak....!
Lepas tu....kita pergi Mustaffa Centre.....soooooo crowded....tak boleh bergerak !
Tak boleh shopping langsung......
Aku terpaksa tinggalkan mereka kerana kena activated (kebetulan aku on weekend stand-by).....terpaksa mak datin bawak they all balik rumah mak......kesian....
Malam tu Omar datang jemput kat rumah mak....bawak mereka balik kat condo dia at Savannah....Mak Yam and family pun ada juga.....
Hari tu aku really shacked.....kena activated 4 kali....banyak case !
sampai rumah pukul 2 pagi.....abg mail semua dah tidur.....kepenatan agaknya atau bosan sebab plan kita nak pergi Sentosa terpaksa postpone......!
Besoknya (Mon) lebih kurang jam 9 pagi....kita move out to Sentosa.....tak perlu risau coz stand-by dah over......Kak Ros, Adik and Maya tunggu kita kat Vivio City....
Sama macam kat Mustaffa Centre that day......Sentosa lagi crowded.......beratur panjang masa nak naik Sentosa Express......
Fathin nak sangat masuk Under Water World and Dolphin Lagoon......
Kita balik lebih kurang pukul 4 ptg.....sebab malam tu juga dia nak balik KL....Fathin kena balik Kolej on Wed....
Tak tau bila kita boleh jumpa lagi.......




Under Water World




Dolphins Lagoon


Pink dolphins

@ 9:39 PM

» Back to top.

Sunday, January 18, 2009 ♥
Menyusur sejarah Kesultanan Melayu Johor Lama

Semalam....jangkanya nak pergi picnic cum fishing kat St John's Island dgn the others but due to some unforseen circumstances.....terpaksa abandoned plan....instead both of us decided to drive up to Kota Tinggi to visit historical sites !

Kita masuk JB quite early to beat the jam....and biasalah stopover first (a must) at Syed Restaurant....teh tarik with roti canai and nasi lemak kukus......power !
Lepas tu.....journey started from Pasir Gudang Highway to Kota Tinggi....traffic ok-ok aje....
Kota Johor Lama di Teluk Sengat terletak lebih kurang 27km dari bandar Kota Tinggi.....and travelling senang coz it goes same route to Desaru....tak boleh sesat.....!

I guessed kita semua dah pernah tenguk filem klasik Sultan Mahmud Mangkat Dijulang starred M. Amin, Nordin Ahmad and Maria Menado.....and inilah sejarah yg nak kita selongkar kat Kota Johor Lama........hehehehe macam reality show aje !
We reached Kota Johor Lama at Teluk Sengat around 0915am.....environmentnya cukup tenang dan menyamankan......

Sempat tenguk-tenguk hasil peninggalan sejarah (artifacts) seperti tembikar, keris, gambar2, Al-Quran yg diperbuat dari kulit kambing dan banyak lagi yg berusia beratus-ratus tahun lamanya......tapi sayangnya....no photography are allowed on artifacts dalam muzium.....
Itupun I curi-curi snap....get my wife jadi decoy....but instead my lense focus on artifacts ! hehehehe...
Petugas kat Muzium tu agak friendly and she encouraged us to visit other makam sites around Kota Tinggi likes Bt Seluyut, Panchor etc....tapi the problem was kita tak tahu pergi tempat tu.
Bila mintak map....kata dia takda....in fact dia encouraged kita pergi Muzium Kota Tinggi at Kg Padang yg tak jauh dari bandar Kota Tinggi.....

Dari Kota Johor Lama kita drive to Kg Padang to visit Muzium Kota Tinggi....bahan2 artifacts kat sini lebih banyak dan pelbagai......
Dari Kg Padang kita drive to Kg Makam yg terletak berdekatan.....utk visit Makam Sultan Mahmud Mangkat di Julang.........

Oklah.....sedikit sebanyak tentang sejarah kesultanan Melayu Johor Lama......after much travels and stops at various sites....hehehehe....a learning journey.....

Sejarah Kesultanan Melayu Johor Melayu bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alaudin Riayat Shah II (keturunan kedua) membuka Kota Johor Lama...di tebing Sg Johor di Teluk Sengat......
Sultan Alaudin adalah anak kepada Sultan Mahmud Shah yg lari dari Melaka selepas runtuhnya pemerintahan kesultanan Melaka selepas serangan Portugis pada tahun 1511.
Kesemuanya ada 11 keturunan Kesultanan Johor Lama dan yg terakhir adalah Sultan Mahmud Shah II yg terkenal dgn cerita Sultan Mahmud Mangkat Di julang.......
Beliau adalah keturunan yg terakhir dari kesultanan Johor Lama dan telah dibunuh oleh Laksamana Bentan (Megat Sri Rama) pada tahun 1699.....
Kalau nak tahu kenapa beliau dibunuh.....tontonlah filem tersebut >>>>>

Finally...our last stop end at Plaza Kota Tinggi.......sempat shopping sikit sambil makan.....

(Entry kali ni santai aje sebab tu gunakan bahasa rojak.....)



Kubu (Fort) Kota Johor Lama
Muzium Kota Johor Lama......keseluruhan struktur diperbuat dari kayu
Makam Sultan Alaudin Riayat Shah II (keturunan kedua dari kesultanan Johor 1528-1564) yg terletak dibelakang Muzium Kota Johor Lama
Muzium Kota Johor Lama
Datin Royy@puteri bugis......cicit dari keturunan ke 7 dayang2 istana Sultan !!! hahahaha

Gambar-gambar dari keturunan kesultanan Johor Lama

Makam Temenggong Johor

sempat masuk ladang pokok getah
Pintu masuk ke kawasan makam Sultan Mahmud

Tugu makam Sultan Mahmud
Inilah makam Sultan Mahmud mangkat dijulang

Pokok Tongkat Ali.....kat luar Muzium Kota Tinggi
Muzium Kota Tinggi...
.

Hahahaha....dah serik ! lebih baik letak kupon sebelum kena saman lagi.....buat mereka yg belum bayar saman lagi kat Kota Tinggi.....lebih baik bayar cepat2 sebelum Sultan Mahmud murka dan sumpah korang tak boleh masuk Kota Tinggi lagi.......

@ 11:56 AM

» Back to top.

Saturday, January 10, 2009 ♥
Apakah perlu dibakar kelambu setiap kali kita marahkan nyamuk?

Carikan Gaza bergolak lagi.......dan setiap kali berlaku pertumpahan darah di sana pasti akan kedengaran banyak suara-suara mengutuk dan membantah akan pemerintahan zionis.
Tidak kurang pula mereka yg meluap-luap rasa marah dan benci hingga terbawa-bawa utk bersama menyertai tentera Hamas berjihad menentang tentera Yahudi....

Namun...apakah konsep atau langkah sedemikian dapat kita praktikkan dalam setiap situasi?
Jawapannya Ya...kalau penyebaran dan pengembangan syariah Islam disekat dengan niat jelas utk melenyapkannya sama-sekali....
Jawapannya Ya....jika umat Islam ditindas secara kejam dengan harapan utk menghapuskan fahaman atau ajaran agama Islam itu sendiri.......
Jadi apakah tragedi Gaza yg sering kali berulang itu wajar utk kita labelkannya sebagai satu peperangan agama?
Saya pasti ramai diantara kita yg telah menerima pelbagai sms atau email yg berbaur kebencian dan perkauman yg membakar emosi dan sentimen terhadap pencerobohan tentera Israel di Carikan Gaza......

Dan saya pasti juga ramai diantara kita yg setelah menerima kiriman tersebut akan menghantar pula kepada teman-teman yg lain sebagai tanda bantahan terhadap Israel dan menyokong perjuangan Hamas......apakah perlu kita lakukan perkara tersebut?.....
Bagi saya....dengan kita menghantar sms berangkai itu....kita sebenarnya bermain dgn api ! Pernahkah kita terfikir bahawa sms dan email sedemikian akan membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.....
Tanpa kita sedari kita mungkin telah membangkitkan rasa kebencian yg teramat dalam jiwa seseorang yg telah menerima kiriman kita hinggakan beliau tidak mampu berdiri dan berfikir secara rasional dan yg lebih menakutkan lagi apabila terbentuk jiwa seorang pengganas dalam dirinya !

Ironinya....inilah yg berlaku hingga 'terlahirnya' mamat-mamat dungu bernama Mas Slamat, Amrozi, Ali Gufron, Imam Samudra, Azahari Husin, Hambali, Nordin Md Top dan mamat-mamat yg lain......pastinya kita tidak mahu menambah angka-angka itu.....
Diseberang tambak pula kecuh dgn tindakan pemulauan keatas barangan Amerika....yg memang kita ketahui adalah 'penaja utama' Israel.....
Gerakan memboikot minuman coca-cola telah dicanangkan oleh Mahathir.....tergelak saya....
Apakah ini tindakan bijak yg ideanya dtg dari seorang mantan pemimpin yg disegani?
Apkah kesannya pula pada negara dan nasib pekerja-pekerjanya yg rata-rata adalah orang Melayu Islam seperti yg telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan coca-cola di sana?
Secara peribadi....ingin saya rumuskan bahawa pemboikotan barangan tersebut adalah satu tindakan bodoh yg terlalu mengikut emosi dan sia-sia sahaja.........
Ianya tidak akan menjadi kudis pada Amerika mahupun Israel......sebaliknya yang akan teruk terjejas adalah pekerja-pekerja itu sendiri......
Apakah Mahathir telah menyediakan pekerjaan baru buat mereka didalam keadaan ekonomi yg suram ini?
Tindakan sedemikian bolehlah dikiaskan.....marahkan nyamuk.....kelambu dibakar....dan apakah kita akan terus membakar kelambu selagi masih ada kemarahan dalam hati kita terhadap nyamuk?
Marilah kita berbalik kepada fakta sejarah......tentang kewujudan Israel dan pembentukan Hamas.
Pergolakan yg berlaku di Carikan Gaza sebenarnya tiada kena-mengena dgn agama.....
Ia bukan peperangan agama....tetapi lebih kepada percaturan politik......
Pergelutan yg masuk minggu ketiga ini tercetus setelah Hamas melanggar gencatan senjata selama 6 bulan antaranya dgn Israel.......dibawah pengawasan PBB.....
Hamas menyerang sempadan Israel dgn mendakwa bahawa pemerintahan Israel menyekat masuk ekonominya hingga hampir melumpuhkan nadi kehidupan warga Palestin di Carikan Gaza.
Israel pula membalas tindakan Hamas dgn menyerang secara besar-besaran hingga meragut lebih 800 jiwa rakyat Palestin......
Hamas pula bertelagah dgn kumpulan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abas. Amerika hanya mengiktiraf Fatah dan mengecap Hamas sebagai kumpulan pengganas.......kerana itulah Amerika tidak menyokong pelan perdamaian yg dituntaskan PBB baru-baru ini.......
Itulah warna dan liku politik Arab - Israel......yg menjadi mangsa adalah warga yg tidak berdosa........
Jadi....kita sebagai saudara seagama yg berada jauh beribu kilometer ini masih terus mahu mengirim sms yg sia-sia atau menjadi pak turut yg mengharamkan pembelian minuman coca-cola?
Sebaik-baiknya.....ayuhlah kita bersama2 berdoa memohon keamanan dan keselamatan bagi setiap jiwa warga Palestin.......juga semoga Allah swt akan membuka hati mereka yg sering bertelagah agar kembali berdamai.......abadi.....

@ 1:09 PM

» Back to top.

Thursday, January 1, 2009 ♥
Abjad berbicara...dalam 2008....

Tahun 2008 telah pun meninggalkan kita....... Banyak kenangan pahit manis terakam sepanjang tahun......secara peribadi mahupun disekitar apa yg berlaku didalam masyarakat Singapura.... marilah kita singkap peristiwa-peristiwa yang telah mencorakkan warna kehidupan di S'pura......

American Insurance Group (AIG) di banjiri pelabur dan pemegang saham polisi insuran yg
menuntut kembali wang pelaburan mereka. Kekecuhan belaku di pejabat AIG di Shenton Way.
Bendungan Marina (Marina Barrage)...kolam air bandar....menjadi satu lagi ikon kebanggaan

negara......
COE bagi kereta bawah 1600cc jatuh keparas rekod terendah....$2 !
Demam denggi dan chikugunya masih terus menjadi ancaman kesihatan.....
Ekonomi S'pura bagi tahun 2008 hanya tumbuh 1.5%....
Fernando Alonso telah mencipta sejarah menjadi pemandu F1 pertama memenangi
Grand Prix S'pura yg diadakan buat julung-julung kalinya diwaktu malam......
Gawat....ekonomi S'pura masih terus gawat dan dijangka berterusan hingga tahun 2009...
Harimau Putih di Zoo Mandai tiba2 mendapat perhatian gara2 ianya membaham seorang
pekerja pembersihan......
Intergrated Resort (IR)....masa depan pembinaan di Marina masih menjadi tanya ekoran
kemelesetan ekonomi dunia....
JB Jeyaratnam seorang tokoh utama pembangkang telah meninggal dunia.....
Kuota bagi jemaah haji S'pura telah dikurangkan bagi musim haji 2008 oleh kerajaan Arab
Saudi. Keputusan tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan bakal jemaah
yg tidak dapat mengerjakan ibadah haji. Mujurlah Muis berjaya menangani isu ini dgn baik.
Lo Hwei Yen...seorang peguam wanita muda....menjadi korban negara yg pertama ekoran
insiden pengganasan di Mumbai.....
Mas Slamat oooo Mas Slamat....dimanakah dikau ? pulanglah kembali ke rumahmu di Whitley
Rd......
Natasha Nabilah menjadi lambang kebanggaan masyarakat Melayu selepas kejayaan beliau
menjadi pelajar terbaik nasional bagi peperiksaan PSLE 2007......syabas....!
Orang Melayu kini secara automatik menjadi penderma organ (HOTA).....suatu langkah
positif....
Pulau Pedra Branca kini rasmi milik S'pura !!!!!
Queue mula memanjang di kaunter-kaunter pemadanan kerja anjuran CDC.....
Retrenched !.....adalah perkataan yg paling ditakuti oleh setiap pekerja sekarang ini.....
S'pore Flyers buat hal !.....kerosakan roda rasaksa terbesar dunia baru-baru ini telah
menyebabkan lebih 170 orang yg berada di dalam kapsul terkandas lebih 7 jam.....
perniagaan disekitar premis juga terjejas......
Tenismeja...pasukan tenismeja wanita negara telah mencipta sejarah ekoran kejayaan mereka
menyumbang pingat perak dalam acara berpasukan di Sukan Olimpik Beijing.....yg kedua
dalam sejarah pungutan pingat Sukan Olimpik utk negara.......
U-Save...skim bantuan pemerintah utk keluarga susah menangani kemelut ekonomi.....
Vietnam benam Singa dalam bolasepak Piala AFF Suzuki baru-baru ini.....
Whitley Rd tiba-tiba jadi tumpuan gara-gara si mamat tu yg cabut lari !
Xray kini boleh dilakukan di poliklinik melalui pembayaran medisave....
YOG....Singapura terpilih utk menjadi penganjur pertama Sukan Olimpik Belia 2010.....
Zaman ikat perut sekarang ini....!



@ 11:44 AM

» Back to top.