<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9020463884548576964?origin\x3dhttp://duniadegawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
me entries yousay others
Thursday, January 1, 2009 ♥
Abjad berbicara...dalam 2008....

Tahun 2008 telah pun meninggalkan kita....... Banyak kenangan pahit manis terakam sepanjang tahun......secara peribadi mahupun disekitar apa yg berlaku didalam masyarakat Singapura.... marilah kita singkap peristiwa-peristiwa yang telah mencorakkan warna kehidupan di S'pura......

American Insurance Group (AIG) di banjiri pelabur dan pemegang saham polisi insuran yg
menuntut kembali wang pelaburan mereka. Kekecuhan belaku di pejabat AIG di Shenton Way.
Bendungan Marina (Marina Barrage)...kolam air bandar....menjadi satu lagi ikon kebanggaan

negara......
COE bagi kereta bawah 1600cc jatuh keparas rekod terendah....$2 !
Demam denggi dan chikugunya masih terus menjadi ancaman kesihatan.....
Ekonomi S'pura bagi tahun 2008 hanya tumbuh 1.5%....
Fernando Alonso telah mencipta sejarah menjadi pemandu F1 pertama memenangi
Grand Prix S'pura yg diadakan buat julung-julung kalinya diwaktu malam......
Gawat....ekonomi S'pura masih terus gawat dan dijangka berterusan hingga tahun 2009...
Harimau Putih di Zoo Mandai tiba2 mendapat perhatian gara2 ianya membaham seorang
pekerja pembersihan......
Intergrated Resort (IR)....masa depan pembinaan di Marina masih menjadi tanya ekoran
kemelesetan ekonomi dunia....
JB Jeyaratnam seorang tokoh utama pembangkang telah meninggal dunia.....
Kuota bagi jemaah haji S'pura telah dikurangkan bagi musim haji 2008 oleh kerajaan Arab
Saudi. Keputusan tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan bakal jemaah
yg tidak dapat mengerjakan ibadah haji. Mujurlah Muis berjaya menangani isu ini dgn baik.
Lo Hwei Yen...seorang peguam wanita muda....menjadi korban negara yg pertama ekoran
insiden pengganasan di Mumbai.....
Mas Slamat oooo Mas Slamat....dimanakah dikau ? pulanglah kembali ke rumahmu di Whitley
Rd......
Natasha Nabilah menjadi lambang kebanggaan masyarakat Melayu selepas kejayaan beliau
menjadi pelajar terbaik nasional bagi peperiksaan PSLE 2007......syabas....!
Orang Melayu kini secara automatik menjadi penderma organ (HOTA).....suatu langkah
positif....
Pulau Pedra Branca kini rasmi milik S'pura !!!!!
Queue mula memanjang di kaunter-kaunter pemadanan kerja anjuran CDC.....
Retrenched !.....adalah perkataan yg paling ditakuti oleh setiap pekerja sekarang ini.....
S'pore Flyers buat hal !.....kerosakan roda rasaksa terbesar dunia baru-baru ini telah
menyebabkan lebih 170 orang yg berada di dalam kapsul terkandas lebih 7 jam.....
perniagaan disekitar premis juga terjejas......
Tenismeja...pasukan tenismeja wanita negara telah mencipta sejarah ekoran kejayaan mereka
menyumbang pingat perak dalam acara berpasukan di Sukan Olimpik Beijing.....yg kedua
dalam sejarah pungutan pingat Sukan Olimpik utk negara.......
U-Save...skim bantuan pemerintah utk keluarga susah menangani kemelut ekonomi.....
Vietnam benam Singa dalam bolasepak Piala AFF Suzuki baru-baru ini.....
Whitley Rd tiba-tiba jadi tumpuan gara-gara si mamat tu yg cabut lari !
Xray kini boleh dilakukan di poliklinik melalui pembayaran medisave....
YOG....Singapura terpilih utk menjadi penganjur pertama Sukan Olimpik Belia 2010.....
Zaman ikat perut sekarang ini....!



@ 11:44 AM

» Back to top.