<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9020463884548576964?origin\x3dhttp://duniadegawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
me entries yousay others
Saturday, January 10, 2009 ♥
Apakah perlu dibakar kelambu setiap kali kita marahkan nyamuk?

Carikan Gaza bergolak lagi.......dan setiap kali berlaku pertumpahan darah di sana pasti akan kedengaran banyak suara-suara mengutuk dan membantah akan pemerintahan zionis.
Tidak kurang pula mereka yg meluap-luap rasa marah dan benci hingga terbawa-bawa utk bersama menyertai tentera Hamas berjihad menentang tentera Yahudi....

Namun...apakah konsep atau langkah sedemikian dapat kita praktikkan dalam setiap situasi?
Jawapannya Ya...kalau penyebaran dan pengembangan syariah Islam disekat dengan niat jelas utk melenyapkannya sama-sekali....
Jawapannya Ya....jika umat Islam ditindas secara kejam dengan harapan utk menghapuskan fahaman atau ajaran agama Islam itu sendiri.......
Jadi apakah tragedi Gaza yg sering kali berulang itu wajar utk kita labelkannya sebagai satu peperangan agama?
Saya pasti ramai diantara kita yg telah menerima pelbagai sms atau email yg berbaur kebencian dan perkauman yg membakar emosi dan sentimen terhadap pencerobohan tentera Israel di Carikan Gaza......

Dan saya pasti juga ramai diantara kita yg setelah menerima kiriman tersebut akan menghantar pula kepada teman-teman yg lain sebagai tanda bantahan terhadap Israel dan menyokong perjuangan Hamas......apakah perlu kita lakukan perkara tersebut?.....
Bagi saya....dengan kita menghantar sms berangkai itu....kita sebenarnya bermain dgn api ! Pernahkah kita terfikir bahawa sms dan email sedemikian akan membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.....
Tanpa kita sedari kita mungkin telah membangkitkan rasa kebencian yg teramat dalam jiwa seseorang yg telah menerima kiriman kita hinggakan beliau tidak mampu berdiri dan berfikir secara rasional dan yg lebih menakutkan lagi apabila terbentuk jiwa seorang pengganas dalam dirinya !

Ironinya....inilah yg berlaku hingga 'terlahirnya' mamat-mamat dungu bernama Mas Slamat, Amrozi, Ali Gufron, Imam Samudra, Azahari Husin, Hambali, Nordin Md Top dan mamat-mamat yg lain......pastinya kita tidak mahu menambah angka-angka itu.....
Diseberang tambak pula kecuh dgn tindakan pemulauan keatas barangan Amerika....yg memang kita ketahui adalah 'penaja utama' Israel.....
Gerakan memboikot minuman coca-cola telah dicanangkan oleh Mahathir.....tergelak saya....
Apakah ini tindakan bijak yg ideanya dtg dari seorang mantan pemimpin yg disegani?
Apkah kesannya pula pada negara dan nasib pekerja-pekerjanya yg rata-rata adalah orang Melayu Islam seperti yg telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan coca-cola di sana?
Secara peribadi....ingin saya rumuskan bahawa pemboikotan barangan tersebut adalah satu tindakan bodoh yg terlalu mengikut emosi dan sia-sia sahaja.........
Ianya tidak akan menjadi kudis pada Amerika mahupun Israel......sebaliknya yang akan teruk terjejas adalah pekerja-pekerja itu sendiri......
Apakah Mahathir telah menyediakan pekerjaan baru buat mereka didalam keadaan ekonomi yg suram ini?
Tindakan sedemikian bolehlah dikiaskan.....marahkan nyamuk.....kelambu dibakar....dan apakah kita akan terus membakar kelambu selagi masih ada kemarahan dalam hati kita terhadap nyamuk?
Marilah kita berbalik kepada fakta sejarah......tentang kewujudan Israel dan pembentukan Hamas.
Pergolakan yg berlaku di Carikan Gaza sebenarnya tiada kena-mengena dgn agama.....
Ia bukan peperangan agama....tetapi lebih kepada percaturan politik......
Pergelutan yg masuk minggu ketiga ini tercetus setelah Hamas melanggar gencatan senjata selama 6 bulan antaranya dgn Israel.......dibawah pengawasan PBB.....
Hamas menyerang sempadan Israel dgn mendakwa bahawa pemerintahan Israel menyekat masuk ekonominya hingga hampir melumpuhkan nadi kehidupan warga Palestin di Carikan Gaza.
Israel pula membalas tindakan Hamas dgn menyerang secara besar-besaran hingga meragut lebih 800 jiwa rakyat Palestin......
Hamas pula bertelagah dgn kumpulan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abas. Amerika hanya mengiktiraf Fatah dan mengecap Hamas sebagai kumpulan pengganas.......kerana itulah Amerika tidak menyokong pelan perdamaian yg dituntaskan PBB baru-baru ini.......
Itulah warna dan liku politik Arab - Israel......yg menjadi mangsa adalah warga yg tidak berdosa........
Jadi....kita sebagai saudara seagama yg berada jauh beribu kilometer ini masih terus mahu mengirim sms yg sia-sia atau menjadi pak turut yg mengharamkan pembelian minuman coca-cola?
Sebaik-baiknya.....ayuhlah kita bersama2 berdoa memohon keamanan dan keselamatan bagi setiap jiwa warga Palestin.......juga semoga Allah swt akan membuka hati mereka yg sering bertelagah agar kembali berdamai.......abadi.....

@ 1:09 PM

» Back to top.