<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9020463884548576964?origin\x3dhttp://duniadegawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
me entries yousay others
Tuesday, October 27, 2009 ♥
Bermula satu perjalanan.......

Aku datang menyahut panggilanMu........Aku datang dengan memikul tanggungjawab dan amanah menjaga dan melindungi tetamu-tetamuMu.
Oleh itu berikanlah aku kesihatan...kekuatan tenaga fizikal dan mental agar dapat aku jalankan tugas-tugas dengan terbaik......

Alhamdullilah....akhirnya kerajaan Saudi bersetuju memberikan kuota ihsan kepada lebih
1500 jemaah S'pura......menjadikan keseluruhan bakal jemaah haji S'pura pada tahun ini kepada 2180 orang...sama angkanya seperti tahun lalu.
Lebihan 1520 orang gagal dalam permohonan mereka pada tahun ini....InsyaAllah..sekiranya sudah tersurat pada janji Allah....mungkin mereka berpeluang pada tahun hadapan pula.

Segala keperluan utk keberangkatan telah aku siapkan...terimakasih buat isteri tersayang yg banyak membantu....

InsyaAllah...aku akan berlepas dgn pesawat SQ 456 pada 12.45 tengahari esok beserta dengan kumpulan pertama jemaah dari Halijah Travels.
Memandangkan kumpulan jemaah ini mengerjakan haji Tamattu' dan akan ke Medina dulu....aku terpaksa bergegas utk melaksanakan umrahku ketika sampai di Mekah nanti sebelum berlepas ke Medina dengan menaiki kenderaan
embassy beserta ubatan-ubatan.

Sebagai permulaan, kami (beserta seorang doktor dan
nurse) akan menyediakan perkhidmatan mobile clinic. Terdapat juga lebih 150 jemaah dari Australia yg akan menggunakan khidmat kami disepanjang musim haji pada tahun ini........ Kumpulan kedua misi haji akan tiba di Mekah pada 7 Nov.

InsyaAllah...aku dijangka pulang ke S'pura pada 4 Dec nanti. Ku mohon agar doakan kesejahteraan kami semasa di sana.........Amin.

@ 12:14 PM

» Back to top.

Sunday, October 11, 2009 ♥
Menjunjung amanah


Setiap kali muncul musim haji.....setiap kali itulah pasti ada cabaran dan kejutan.....

Kalau tahun lalu....kita tersentak dengan kegagalan lebih 800 bakal jemaah yg gagal mendapatkan visa haji.....kali ini kita lebih terpukul dengan soal visa lagi....

Hingga kini....cuma 680 bakal jemaah haji S'pura berpeluang utk menunaikan rukun Islam yg kelima ini.....

Lebihan 3000 bakal jemaah masih termangu dan keluh kesah didalam penantian kerana status visa mereka masih menjadi tanda tanya............

Sejauh ini masih belum ada kepastian dari pihak Arab Saudi meskipun tarikh penerbangan pertama kumpulan jemaah selang dua minggu lagi....28 Oktober 2009...!

Anggota Misi haji Muis pada tahun ini pun tidak terlepas dari pelbagai cabaran dan dugaan...kedudukan kami banyak bergantung kepada jumlah jemaah yg bakal berangkat ke tanah suci. Namun begitu, segala persiapan logistik tetap diteruskan dengan lancar.......

InsyaAllah....jika sudah tertulis....aku akan berangkat lebih awal pada 26 Oktober 2009 bersama konsulat haji Muis dan seorang doktor......
Pemergian aku kali ini lebih awal...tanpa jemaah....dan yg paling lama iaitu lebih kurang 40 hari....mungkin pulang nanti pada 4 December 2009.

Allah humma Ya Allah.....ku panjatkan doa agar Kau berikanlah setiap anggota misi dengan kesihatan dan kekuatan tenaga...fizikal...dan...mental....supaya dapat kami laksanakan yg terbaik....tanggungjawab dan amanah yg diberikan kepada kami semasa di tanah suci......
Dan.....diakhir waktu nanti.....kau terimalah segala amalan kami dan anugerahkanlah kami dengan haji mabrur .....Amin......

@ 3:14 PM

» Back to top.

Wednesday, October 7, 2009 ♥
Bila akal dah tak berfungsi lagi......


Remuk hati ni apabila melihat Masjid Kg Siglap dijilat api petang semalam.........
Cukup sedih bila terpandang mashaf-mashaf Al-Quran, kitab-kitab serta sejadah terbakar hangus......
Namun demi tugas...terpaksa aku ketepikan segala emosi....
Ramai teman-teman Muis berada disana.....mencari kepastian...
Kalau ikutkan hati yg marah berbaur geram....memang dah aku 'gantung' budak ni kat menara masjid !....
Tapi....sebagai penegak hukum....undang-undang harus dihormati....
Sebenarnya banyak yag ingin aku berkongsi mengenai kejadian ini tapi keadaan tidak mengizinkan utk aku berbuat demikian....sekali gus undang-undang harus aku junjungi....
Inilah akibatnya kalau akal yg dianugerahkan oleh Allah swt sudah tidak mampu utk berfungsi lagi.....hilang pertimbangan.....hilang pegangan.....hilang maruah sebagai seorang insan.....

@ 6:43 PM

» Back to top.