<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9020463884548576964?origin\x3dhttp://duniadegawan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
me entries yousay others
Tuesday, October 27, 2009 ♥
Bermula satu perjalanan.......

Aku datang menyahut panggilanMu........Aku datang dengan memikul tanggungjawab dan amanah menjaga dan melindungi tetamu-tetamuMu.
Oleh itu berikanlah aku kesihatan...kekuatan tenaga fizikal dan mental agar dapat aku jalankan tugas-tugas dengan terbaik......

Alhamdullilah....akhirnya kerajaan Saudi bersetuju memberikan kuota ihsan kepada lebih
1500 jemaah S'pura......menjadikan keseluruhan bakal jemaah haji S'pura pada tahun ini kepada 2180 orang...sama angkanya seperti tahun lalu.
Lebihan 1520 orang gagal dalam permohonan mereka pada tahun ini....InsyaAllah..sekiranya sudah tersurat pada janji Allah....mungkin mereka berpeluang pada tahun hadapan pula.

Segala keperluan utk keberangkatan telah aku siapkan...terimakasih buat isteri tersayang yg banyak membantu....

InsyaAllah...aku akan berlepas dgn pesawat SQ 456 pada 12.45 tengahari esok beserta dengan kumpulan pertama jemaah dari Halijah Travels.
Memandangkan kumpulan jemaah ini mengerjakan haji Tamattu' dan akan ke Medina dulu....aku terpaksa bergegas utk melaksanakan umrahku ketika sampai di Mekah nanti sebelum berlepas ke Medina dengan menaiki kenderaan
embassy beserta ubatan-ubatan.

Sebagai permulaan, kami (beserta seorang doktor dan
nurse) akan menyediakan perkhidmatan mobile clinic. Terdapat juga lebih 150 jemaah dari Australia yg akan menggunakan khidmat kami disepanjang musim haji pada tahun ini........ Kumpulan kedua misi haji akan tiba di Mekah pada 7 Nov.

InsyaAllah...aku dijangka pulang ke S'pura pada 4 Dec nanti. Ku mohon agar doakan kesejahteraan kami semasa di sana.........Amin.

@ 12:14 PM

» Back to top.