Thursday, December 31, 2009 ♥
Remang-Remang 2009
Tahun 2009 bakal berlabuh namun setiap detik yg berlalu disepanjang tahun ini pasti akan terakam dan terpahat teguh menjadi sebuah lipatan sejarah........
Aku bersyukur kerana disaat lembayung 2009 berlalu pergi......masih ada ruang utk aku terus bernafas dan menumpang dibumi ini sambil menceduk segala nikmat yg diberi oleh Maha Esa.
Alhamdullilah segala puji syukur kupanjatkan kerana telah selamat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yg diberikan semasa bertugas di dalam Misi Haji pada tahun ini........
Kepulangan aku pada 1 Dec 2009 mengiringi Menteri Prof Dr Yaacob Ibrahim di sambut oleh Mufti dan pegawai-pegawai Muis dan MFA.
Sesungguhnya Misi Haji pada kali ini adalah yg paling mencabar.!......kejadian hujan lebat di Makkah, Aziziyah, Mina dan Arafah sehari sebelum wukuf, banjir yg meragut ratusan jiwa di Jeddah (bukan jemaah haji), isu ketiadaan bilik hotel bagi sebilangan GSA yg turut menjejas operasi klinik Misi Haji.......dan kewaspadaan tahap tertinggi bagi penularan virus H1N1....
Namun aku yakin disetiap kesukaran dan jerih payah yg dilalui pasti ada ganjaran dari Allah swt.
Semoga ianya menjadi sebuah iktibar dan menambahkan lagi keinsafan di telaga iman........
Kesyahduan malam di Baitullah.........






@ 3:11 PM
